News & Media - Media Release

News & Media - Media Release

SC Warns Public Against Purchasing Fake SC Licensing Exam Questions

MEDIA RELEASE
Kuala Lumpur, 24 October 2018

The Securities Commission Malaysia (SC) today warned the public against buying fake exam questions relating to SC Licensing Examinations (SCLE) from unauthorised online and third-party sources.

The regulator stressed that only its learning and development arm, the Securities Industry Development Corporation (SIDC), is authorised to conduct the licensing examinations and to provide materials for the SCLE.

The warning came after a website claimed to sell “the latest Malaysia SC Exam Questions” to the general public. The SC has also received complaints from members of the public that they did not receive the materials after purchasing them from the website.

Members of the public are urged to be wary of websites and third-party sources claiming to be affiliated with the SC or the SIDC offering such materials and are advised to contact the SIDC at 03-6204 8665 or sidc@sidc.com.my if they come across such websites.

________________________________________________________________________________________

SIARAN MEDIA 
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2018

SC Beri Amaran Terhadap Pembelian Soalan Peperiksaan Palsu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai terhadap pembelian soalan peperiksaan palsu yang berkaitan dengan Peperiksaan Pelesenan SC (SCLE) daripada sumber-sumber dalam talian dan pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

Pengawal selia tersebut menegaskan bahawa hanya bahagian pembelajaran dan pembangunannya, Securities Industry Development Corporation (SIDC), diberi kuasa untuk menjalankan peperiksaan pelesenan dan menyediakan bahan-bahan rujukan untuk SCLE.
Amaran ini adalah berikutan wujudnya laman sesawang mendakwa menjual “Soalan Peperiksaan terkini SC Malaysia” kepada orang ramai. SC juga telah menerima aduan daripada orang ramai bahawa mereka tidak menerima bahan-bahan rujukan tersebut selepas membuat pembelian soalan-soalan daripada laman sesawang tersebut.

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan laman sesawang dan sumber pihak ketiga yang mendakwa bergabung dengan SC atau SIDC untuk menawarkan bahan-bahan rujukan sedemikian dan dinasihatkan agar menghubungi SIDC di talian 03-6204 8665 atau sidc@sidc.com.my jika mereka mendapati wujudnya laman sesawang tersebut.

SIDC – Delivering Professional Excellence