PRESS RELEASES
Friday, 18 July 2008
Sidc anjur Seminar B.M.W. untuk wanita & ibu bapa
Securities Industry Development Corporation (SIDC) akan menganjurkan Seminar B.M.W. (Bijak Mengurus Wang) untuk Wanita & Ibu bapa di seluruh negara. Seminar ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik wanita serta ibu bapa mengenai pentingnya kemahiran menguruskan wang mereka dan keluarga. Terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa seperti kenaikan harga petrol dan barangan pengguna.
Dalam seminar ini, para peserta akan mempelajari langkah demi langkah asas pengurusan wang yang berkesan, bagaimana menangani beban kenaikan harga barangan pengguna, teknik mencapai matlamat kewangan, cara-cara menangani masalah kredit dan teknik mendidik anak-anak mengenai wang.
Seminar ini akan diadakan pada tarikh dan lokasi seperti berikut:
- 26 Julai 2008 : Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
- 2 Ogos 2008 : Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang
- 9 Ogos 2008 : Hotel Crowne Plaza Riverside, Kuching, Sarawak
- 16 Ogos 2008 : Hotel Corus, Kuala Lumpur
- 23 Ogos 2008 : Hotel Heritage, Ipoh, Perak
- 18 Oktober 2008 : Hotel M Suites, Johor Bharu, Johor
Seminar ini adalah percuma dan terbuka kepada semua wanita, lelaki dan ibu bapa yang berminat. Ia akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
Jangan ketinggalan untuk menyertai seminar ini. Daftarlah sekarang dengan menghubungi 03-6204 8889 atau layari laman web Pelabur Malaysia www.min.com.my.
SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION
18 July 2008
Pertanyaan media
Sila hubungi Khidmat Korporat, SIDC di talian 03-62048675 (Nurhayati Zubir) atau email kepada yatiz@sidc.com.my / sidc@sidc.com.my
BACKGROUND INFORMATION
SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC) yang diperbadankan pada Mac 2007 adalah peneraju bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal di ASEAN.
SIDC telah menganjurkan pelbagai program dan seminar selama 10 tahun dalam usahanya untuk meningkatkan tahap kecemerlangan di kalangan peserta pasaran modal. Program-program latihan SIDC adalah khusus untuk pengawal selia pasaran modal Malaysia dan antarabangsa, pengarah syarikat tersenarai dan peserta dalam pasaran modal. Selain itu, ia turut menganjurkan seminar bijak labur untuk para pelabur dalam pasaran saham Malaysia.
SIDC juga menjalankan peperiksaan untuk individu yang ingin mendapatkan lesen di bawah sistem pelesenan Suruhanjaya Sekuriti bagi pengantara pasaran modal Malaysia.
Untuk keterangan lanjut mengenai SIDC, layari www.sidc.com.my
