PRESS RELEASES
Tuesday, 9 October 2007
SIDC anjur seminar didik Wanita Mengenai Wang & Pelaburan Bijak -
Mengelakkan Wanita Tertipu Dengan Skim Pelaburan Tidak Sah
Securities Industry Development Corporation (SIDC) akan menganjurkan satu seminar bergerak secara PERCUMA untuk kaum wanita di seluruh negara. Dengan tema Wanita: Wang & Pelaburan Bijak, seminar ini bertujuan untuk memberikan panduan dan mendidik kaum wanita mengenai bagaimana untuk merancang dan menguruskan wang dengan lebih berkesan di samping mendidik anak-anak cara-cara berbelanja secara berhemat.
Selain itu, seminar ini juga akan menerangkan peluang-peluang pelaburan yang ada di negara kita, baik dan buruknya setiap produk pelaburan, cara-cara melabur dengan bijak dan paling penting sekali, bagaimana untuk memastikan anda tidak tertipu dengan skim pelaburan yang tidak sah.
Seminar ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
- 27 Oktober 2007- Evergreen Laurel Hotel, Pulau Pinang
- 10 November 2007-Hyatt Regency, Johor Bharu
- 17 November 2007-Hilton, Kuching
- 24 November 2007- Hotel Equatorial, Kuala Lumpur
Seminar akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dari jam 9.00 pagi-12.30 tengahari.
Jangan ketinggalan untuk bersama-sama menghadiri seminar ini. Anda boleh mendaftar untuk menyertai seminar ini dengan menghubungi 03-6204 8665/ 8667 atau layari laman web Pelabur Malaysia www.min.com.my untuk mendaftar.
